Diari Dunia Blogspot

Template Best SEO Responsive Untuk Blog Tahun 2015

Ditulis oleh: -
Keinginan saya amat pelik sekali. Rossaimi Ramlan ingin menggunakan tempalate SEO yang paling best untuk dimuatkan di dalam blog saya pada tahun 2015. Tetapi dimanakah saya akan dapat template sebegitu. Mana mungkin template yang saya inginkan mempunyai semua perkara yang saya hajati.

Untuk memenuhi keinginan saya yang terlampau ini agak sukar. Ini kerana saya bukanlah seorang designer blog ataupun website. Apa lagi saya tidak mempunyai pengetahuan langsung dalam bidang pengaturcaraan. Jadi apa yang saya lakukan untuk mencapai tujuan saya itu.

Senang saja.. saya buat template clone. Mungkin pada sesetengah orang ianya tidak patut kerana tidak menghargai pemilik asal. Ok. Kalau macam ini bagaimana pula. Saya mengambil hanya 20% kesuluruhan template buatan orang lain dan mengambil 20% lagi susun atur template orang lain pula sehingga mencapai 100%. Apakah itu maksudnya saya mengambil template orang lain juga.

Pada tahun 2015 ini mana ada orang buat template sendiri. terang-terang mereka mengambil kerangka blog milik orang lain. Terutamanya untuk blog di Malaysia. Ada ke orang malaysia yang mampu membuat kerangka template blogger yang mesra SEO untuk tahun 2015 ini. Kalau adapun ianya mungkin boleh dibilang dengan jari.

Untuk mengiayakan keinginan saya bagi memiliki template best SEO dan responsive untuk blog malaysia saya pada tahun 2015 ini, saya akan terus berusaha untuk memiliki template sendiri hasil adunan dari template blog orang lain.

Semoga blog ini mampu menjadi antara Malaysia Best Blog Of The year 2015 pada hujung tahun nanti.