Diari Dunia Blogspot

Contest SEO Blog March 2015

Ditulis oleh: -
Di penghujung akhir bulan mac 2015 ini, satu contest seo akan melabuhkan tirainya. Contest pertama tahun 2015 ini telah bermula sejak januari yang lalu. Contest yang menggunakan kata kunci Malaysia Best Blog 2015 merupakan contest yang menawarkan hadiah yang paling lumayan kepada pemenang tempat pertama iaitu hadiah wang tunai RM1500.00. Memang sungguh lumayan sekali kan.

Boleh dikatakan pada awal tahun 2015 ini, banyak sekali contest yang dianjurkan oleh rakan blogger. Dengar kata pada bulan april 2015 nanti akan ada satu lagi contest SEO yang menawarkan hadiah sehingga RM5000 kepada pemenang. Semakin lama semakin lumayan hadiah nampaknya.

Nampaknya peluang-peluang blogger kecil seperti saya ini untuk menyertai pertandingan mega tersebut tidak kesampaian kerana masih tercari-cari lagi teknik SEO yang boleh diamalkan pada blog di Malaysia untuk tahun 2015 ini. Dengan perubahan algoritma google yang semakin galak menghukum blog ataupun website melakukan spamming ketika membina backlink. Rasa takut dan gerun juga tiba-tiba muncul di dalam diri, mana tahu google menuduh blog saya melakukan spamming.

Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 disertai oleh ramai peserta. Pada ramalan perkiraan saya menjangkau angka 96 orang . Ramai sangat kan yang cuba mengoptimasikan kata kunci tersebut. Bila terlalu ramai sangat yang ingin mengoptimasikan kata kunci tersebut maka persaingan untuk menduduki kedudukan teratas di enjin carian menjadi semakin sengit. Volume carian sekarang melebihi angka 115,000,000. Tinggi tu.

Apa yang saya harapkan semoga peserta yang bersaing dalam contest SEO Blog March 2015 ini menujukkan persaingan yang sihat sesama peserta. Kalah dan menang adalah adat sesebuah pertandingan. Jadikanlah medan pertandingan ini sebagai satu lubuk ilmu untuk mengkaji tentang teknik SEO tahun 2015.

Akhir kata majulah contest untuk dunia blogging di Malaysia tahun 2015 ini. Assalamualaikum dari Rossaimi Ramlan.